Tajuk: Unjuran Ortografik
(Ortografik Projection)
Pengenalan
Konsep Teori Pembentukan Bentuk :
Dalam industri banyak objek yang berbentuk rumit, yang mana memerlukan lebih daripada satu pandangan untuk menunjukkan bentuk objek tersebut. Lukisan piktorial atau lukisan bergambar (three dimensional ) kerap kali digunakan oleh orang – orang yang tidak memahami teknikal , tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan teknikal, lukisan yang paling sesuai digunakan adalah lukisan pelbagai bentuk ( multiview projection ) yang juga dikenali sebagai lukisan ortografik ( orthographic projection ).
Definisi :
Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah – satah yang biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain. Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek
No comments:
Post a Comment