Monday, April 23, 2012

:: paksi isometri ::



Pengenalan paksi isometri 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini kita akan mempelajari mengenai lukisan isometrik. Lukisan isometrik merupakan lukisan lukisan bergambar yang dapat memberi maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.


Seperti yang kita ketahui Isometri pada asasnya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :
  • Unjuran isometri
  • Unjuran dimetri 
  • Unjuran trimetri 
Oleh kerana unjuran isometri lebih mudah jadi isometri lah yang diguna pakai oleh semua orang.

Maksud isometri pula ialah :


  • Oleh itu isometri bererti skala ukuran panjang, lebar, dan tingginya adalah sama sahaja serta sudut paksi unjuran  isometri sama iaitu 120 darjah.
  • Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tiga dimensi.
  • Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek dengan mudah. 
  • Pada pandangan – pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk  lukisan oblik, ortografik atau perspektif. Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut.
  • Lukisan isometri digunakan untuk menunjukkan objek 3 dimensi daripada sudut pandangan tertentu  yang selari dengan paksi utama iaitu :




Paksi isometri

- Ianya boleh diputarkan pada sebarang keadaan tetapi mesti berkedudukan 120 darjah.
- Paksi isometri terbahagi kepad 3 iaitu :


Paksi Biasa

Paksi Panjang

Paksi Terbalik

Paksi isometrik

Paksi isometri ialah kedudukan dimana bongkah isometrik akan dilukis. Paksi isometrik secara asasnya melibatkan panjang, lebar, kedalaman. Paksi isometrik asas adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.



Rajah 1            :           Kedudukan paksi isometri
Walaubagaimanapun paksi isometrik ini boleh disusun dalam pelbagai kedudukan untuk memperolehi pandangan yang lebih tepat imej yang dilukis.

LATIHAN KENDIRI

1.      Lukiskan lukisan isometrik bagi rajah dibawah. Gunakan paksi isometrik yang sesuai. (gunakan panjang sebenar setiap imej dibawah untuk menentukan panjang setiap garisan dan jejari lengkuk mengikut ukuran keselesaan sendiri)

  
2.      Lukiskan lukisan isometri bagi rajah dibawah.


** selamat mencuba ;) !!





Friday, April 6, 2012

Thursday, April 5, 2012

:: cara melukiskan unjuran ortografik pandangan ketiga ::

lukisan unjuran ortografik pandangan ketiga bagi objek dibawah :



-untuk melukiskan unjuran ortografik pandangan ketiga ini bolehkan ikut langkah-langkah yang telah disediakan ini iaitu :

langkah pertama

- tentukan objek yang ingin dilukis
- pilih pandangan yang sesuai sama ada pandangan atas, pandangan sisi dan hadapan.



langkah kedua

-lukiskan paksi unjuran dan tentukan kedudukan pandangan yang akan dilukis



langkah ketiga

-pilih pandangan mana yg hendak dilukis dahulu contohnya pandangan hadapan



langkah keempat

- pilih pandangan yang seterusnya misalnya, pandangan sisi



langkah kelima

- pilih pandangan yang terakhir contohnya pandangan atas



- selepas siap semua lukisan pandangan itu tebalkan semua garisan objek itu


:: unjuran pandangan ketiga ::

Ciri - ciri unjuran pandangan ketiga :

- Dikenali juga sebagai unjuran Amerika .
- Kedudukan pandangan ketiga dijelaskan bahawa arah pandangan atas (pelan) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan. 


- Contoh :


- Kedudukan pandangan sisi pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.

- Contoh :


- Antara kedudukan dalam pandangan itu juga mempunyai 1 garisan yang bersudut 45 darjah sebaris      
  mengufuk dengan pandangan atas.



- Kedudukan penuh ( susun atur kedudukan )


- Simbol unjuran ketiga







Monday, April 2, 2012

:: Pengenalan unjuran ortografik ::

Tajuk: Unjuran Ortografik (Ortografik Projection) 

Pengenalan Konsep Teori Pembentukan Bentuk : 
Dalam industri banyak objek yang berbentuk rumit, yang mana memerlukan lebih daripada satu pandangan untuk menunjukkan bentuk objek tersebut. Lukisan piktorial atau lukisan bergambar (three dimensional ) kerap kali digunakan oleh orang – orang yang tidak memahami teknikal , tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan teknikal, lukisan yang paling sesuai digunakan adalah lukisan pelbagai bentuk ( multiview projection ) yang juga dikenali sebagai lukisan ortografik ( orthographic projection ).


Definisi : 
Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah – satah yang biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain. Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek
Boucing Orange Bow Tie Ribbon