Monday, April 23, 2012

:: paksi isometri ::



Pengenalan paksi isometri 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini kita akan mempelajari mengenai lukisan isometrik. Lukisan isometrik merupakan lukisan lukisan bergambar yang dapat memberi maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.


Seperti yang kita ketahui Isometri pada asasnya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :
  • Unjuran isometri
  • Unjuran dimetri 
  • Unjuran trimetri 
Oleh kerana unjuran isometri lebih mudah jadi isometri lah yang diguna pakai oleh semua orang.

Maksud isometri pula ialah :


  • Oleh itu isometri bererti skala ukuran panjang, lebar, dan tingginya adalah sama sahaja serta sudut paksi unjuran  isometri sama iaitu 120 darjah.
  • Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tiga dimensi.
  • Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek dengan mudah. 
  • Pada pandangan – pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk  lukisan oblik, ortografik atau perspektif. Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut.
  • Lukisan isometri digunakan untuk menunjukkan objek 3 dimensi daripada sudut pandangan tertentu  yang selari dengan paksi utama iaitu :




Paksi isometri

- Ianya boleh diputarkan pada sebarang keadaan tetapi mesti berkedudukan 120 darjah.
- Paksi isometri terbahagi kepad 3 iaitu :


Paksi Biasa

Paksi Panjang

Paksi Terbalik

Paksi isometrik

Paksi isometri ialah kedudukan dimana bongkah isometrik akan dilukis. Paksi isometrik secara asasnya melibatkan panjang, lebar, kedalaman. Paksi isometrik asas adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.



Rajah 1            :           Kedudukan paksi isometri
Walaubagaimanapun paksi isometrik ini boleh disusun dalam pelbagai kedudukan untuk memperolehi pandangan yang lebih tepat imej yang dilukis.

LATIHAN KENDIRI

1.      Lukiskan lukisan isometrik bagi rajah dibawah. Gunakan paksi isometrik yang sesuai. (gunakan panjang sebenar setiap imej dibawah untuk menentukan panjang setiap garisan dan jejari lengkuk mengikut ukuran keselesaan sendiri)

  
2.      Lukiskan lukisan isometri bagi rajah dibawah.


** selamat mencuba ;) !!





No comments:

Post a Comment

Boucing Orange Bow Tie Ribbon