Saturday, May 12, 2012

:: latihan isometri ::

Latihan


Anda boleh mencuba latihan di bawah untuk menguji pemahaman terhadap lukisan isometri .

1) Lukiskan lukisan isometri bagi rajah dibawah. (panjang dan lebar kotak rujukan ialah 10mm x 10mm)









:: maklumat tambahan dari laman sesawang lain ::

Bagi yang masih keliru dan kurang memahami, kami sediakan beberapa pautan untuk ke laman sesawang lain, bolehlah klik pada pautan yang di sediakan di bawah . Selain itu, terdapat juga beberapa video yang boleh membantu untuk pemahaman bersama .

Isometrik :

http://www.youtube.com/watch?v=tIkzMYxENWY&feature=related

http://www.slideshare.net/mechestud/j1001-unit-6


Monday, May 7, 2012

:: oblik ::

         Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini, kami muncul lagi tapi dengan tajuk yang berbeza, iaitu OBLIK dan ISOMETRI. Di sini, kami akan terangkan berkaitan dengan pengenalan kepada kedua-dua tajuk, seterusnya kami juga akan berikan contoh-contoh agar anda mudah untuk memahami. Selain daripada itu, kami juga akan menyediakan latihan tubi untuk anda melatih diri agar mahir dengan lukisan isometri dan oblik.


         Lukisan oblik merupakan satu lagi kaedah yang digunakan menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan oblik mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometrik kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari.
     

Pengenalan


        Pertama , Oblik juga dikenali sebagai unjuran serong . Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi. Terdapat 3 paksi oblik secara umum iaitu :

  • Paksi surut
  • Paksi mengufuk

Ciri - Ciri Oblik


  • Mempunyai sudut kedalaman pada paksi surut 30 darjah, 45 darjah, dan 60 darjah.




  • Satu dari permukaannya adalah selari dengan satah bersudut tegak.
  • Sangat sesuai untuk objek yang pendek.
  • Dibahagikan kepada tiga kelas iaitu : 
             a) Unjuran Kavalier ( ukuran sebenar 30º, 45º,60º ).

                                                  (saiz penuh)
contoh : unjuran kavalier bersudut 60º

             b)  Unjuran Kabinet (ukuran separuh atau 1/2 dari ukuran sebenar).
             c)  Unjuran Am (ukuran 3/4 dari ukuran sebenar).

Kelebihan Oblik

  • Ianya mudah dilukis berbanding isometri.
  • Menggunakan satu sudut sahaja antara  30º, 45º,60º  .
  • Bulatan pula boleh dielakkan dari dilukis secara elips.

Kelemahan Oblik

  • Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan.
  • Tidak sesuai untuk objek yang panjang.
  • Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pula pendek.
  • Sudut unjuran kecil, bahagian unjuran menjadi panjang.

Thursday, May 3, 2012

:: Perbezaan antara lukisan isometri dan unjuran isometri ::

Perbezaan antara lukisan isometri dan unjuran isometri

  • Dapat dilihat melalui tahap kecondongannya. Semakin jauh jaraknya semakin kecil objek.
  • Ia juga dibezakan melalui ukuran sisi objek
- Sebenarnya, kedua-dua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25 % dari unjuran isometri.

- CONTOHNYA :


 


Boucing Orange Bow Tie Ribbon