Lukisan oblik merupakan satu lagi kaedah yang digunakan menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan oblik mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometrik kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari.
Pengenalan
Pertama , Oblik juga dikenali sebagai unjuran serong . Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi. Terdapat 3 paksi oblik secara umum iaitu :
- Paksi surut
- Paksi mengufuk
Ciri - Ciri Oblik
- Mempunyai sudut kedalaman pada paksi surut 30 darjah, 45 darjah, dan 60 darjah.
- Satu dari permukaannya adalah selari dengan satah bersudut tegak.
- Sangat sesuai untuk objek yang pendek.
- Dibahagikan kepada tiga kelas iaitu :
a) Unjuran Kavalier ( ukuran sebenar 30º, 45º,60º ).
(saiz penuh)
(saiz penuh)
contoh : unjuran kavalier bersudut 60º
b) Unjuran Kabinet (ukuran separuh atau 1/2 dari ukuran sebenar).
c) Unjuran Am (ukuran 3/4 dari ukuran sebenar).
Kelebihan Oblik
- Ianya mudah dilukis berbanding isometri.
- Menggunakan satu sudut sahaja antara 30º, 45º,60º .
- Bulatan pula boleh dielakkan dari dilukis secara elips.
Kelemahan Oblik
- Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan.
- Tidak sesuai untuk objek yang panjang.
- Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pula pendek.
- Sudut unjuran kecil, bahagian unjuran menjadi panjang.
No comments:
Post a Comment